Anugerah Benang Emas Hasanah bertujuan untuk meraikan kecemerlangan dalam tekstil warisan Malaysia dan memacu inovasi serta kreativiti.
Matlamat Anugerah ini adalah:
-
Untuk mengiktiraf kecemerlangan, kreativiti dan kemahiran dalam pengeluaran tekstil tradisional, memberi dorongan kepada pembuat tekstil untuk membina reputasi dan jenama peribadi mereka
-
Menawarkan pendedahan kepada pemenang anugerah, dengan membuka peluang baru untuk mempamerkan hasil karya mereka, berhubung dengan profesional lain dalam industri, jesteru meluaskan penghargaan dan mempelbagaikan penggunaan akhir serta menerokai pasaran baru
-
Memuktamadkan kualiti dan inovasi kerja pembuat tekstil, memberikan pengiktirafan dan jaminan nilai oleh pakar industri
-
Menggalakkan pereka tekstil untuk terus mempertingkatkan kemahiran dan mengekalkan tahap keterampilan yang tinggi di samping menjulang batasan biasa karya pereka.
Anugerah Benang Emas Hasanah dibuka kepada individu kewarganegaraan Malaysia, mana-mana syarikat dan persatuan yang berdaftar di Malaysia dan perlembagaan organisasi yang menghasilkan tekstil tradisional. Permohonan untuk Anugerah 2024 kini ditutup. Untuk menerima kemas kini mengenai edisi seterusnya Anugerah ini, sila langgan di sini.