top of page
Supp Weft - Best Traditional - Seri Gedong.jpg

Yayasan Hasanah ialah sebuah yayasan Khazanah Nasional Berhad, yang ditubuhkan pada 1 Julai 2015, dengan matlamat untuk meningkatkan impak yang melengkapkan usaha Khazanah ke arah memajukan Malaysia.​

 

Yayasan ini memberi tumpuan kepada isu-isu komuniti, sosial dan alam sekitar yang mendesak di Malaysia. Ia bekerjasama dengan pihak pentadbiran, organisasi masyarakat sivil, syarikat dan komuniti tempatan untuk mewujudkan impak kolektif bagi rakyat dan alam sekitar.


Sebagai penaja utama Anugerah, Yayasan Hasanah berdedikasi ke arah pemeliharaan warisan kebudayaan tidak ketara Malaysia [intangible cultural heritage (“ICH”)] selaras dengan pengisytiharan UNESCO untuk melindungi ICH sebagai sebahagian daripada fabrik negara. Pilar Seni, Warisan dan Kebudayaan Yayasan ini berdedikasi memelihara dan memulihara tekstil warisan Malaysia, di samping mengukuhkan ekonomi kreatif yang menyokong kehidupan artisan dan pengkarya tempatan.

Melalui kerjanya dalam tekstil, Yayasan Hasanah bekerjasama dengan pakar dalam pelbagai inisiatif seperti memelihara motif warisan Malaysia asli melalui dokumentasi digital dan perlindungan harta intelek, latihan pembangunan kapasiti untuk belia dalam seni tekstil warisan, membangunkan pusat pengalaman, dan menubuhkan Anugerah Benang Emas Hasanah ini untuk meraikan kecemerlangan dan inovasi dalam tekstil warisan tempatan.​

bottom of page