top of page
Ikat - Best Innovative - Shah Nor Ramin 1.jpg

Anugerah Benang Emas Hasanah bertujuan untuk meraikan kecemerlangan dalam tekstil warisan Malaysia dan memacu inovasi serta kreativiti.

​

Penyertaan untuk Anugerah 2024 kini ditutup. Keputusan akan diumumkan pada Majlis Anugerah Hasanah Gold Threads pada 5 September 2024.

Tarikh Utama Untuk Anugerah 2024

Anugerah dibuka untuk permohonan

Tarikh akhir penyerahan pek permohonan

Pengumuman Keputusan

4 April 2024

20 Ogos 2024

5 September 2024

Kategori Tekstil:

  • Menyungkit (termasuk songket, dastar, sungkit)

  • Ikat (termasuk pua kumbu, limar)

  • Tulis dan Cap (termasuk batik tulis, batik cap, telepuk)

  • Sulaman dan Hiasan (termasuk tekat, keringkam, kelingkan, sulam, kerawang)

  • Anyaman (teknik keranjang dalam pelbagai serat)

  • Kerja Manik (termasuk loseng dan penyulaman)

 

Setiap Kategori akan mempunyai dua Pemenang serta satu Pengiktirafan Kraf:

  • Tradisional Terbaik (dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 25,000) Untuk tekstil yang dihasilkan dalam bentuk tradisional dan digunakan secara tradisional melalui teknik pembuatan yang tradisional.

  • Inovatif Terbaik (dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 25,000) Untuk tekstil yang dihasilkan dengan menunjukkan inovasi dalam reka bentuk, penggunaan dan/atau pengeluaran. Tekstil ini harus dihasilkan secara manual dan mengandungi unsur-unsur tradisional dalam proses pembuatannya.

  • Pengiktirafan Khas (dengan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000) untuk peserta yang dinilai layak menerima penghargaan.

​

Anugerah Tambahan

Selain daripada itu, kami memperkenalkan dua Anugerah Tambahan pada tahun 2024 (dengan hadiah tunai sebanyak RM 5,000 setiap satu) yang akan dipilih daripada semua penyerahan yang dikemukakan untuk Anugerah Utama:

  • Anugerah Pencapaian Belia – Kepada penerima yang layak di bawah umur 25 tahun, yang dikenal pasti daripada nombor pengenalan Malaysia MyKad (NRIC) yang diisi dalam Borang Permohonan Anugerah; dan

  • Anugerah Emas Kelestarian – Kepada kerja tekstil cemerlang yang menunjukkan keprihatinan terhadap alam sekitar, seperti penggunaan pewarna dan gentian semula jadi dan amalan lain yang tidak memudaratkan alam sekitar, ataupun inovasi lain yang menunjukkan usaha sedar ke arah kelestarian alam sekitar. Sila pastikan anda menerangkan perkara ini dengan sewajarnya dalam “Penerangan Tentang Kerja yang Dihantar” dalam Borang Permohonan Anugerah anda untuk memperbolehkan pertimbangan kami.

Kelayakan & Kriteria Penilaian Anugerah

​

Anugerah Benang Emas Hasanah dibuka kepada individu kewarganegaraan Malaysia, mana-mana syarikat dan persatuan yang berdaftar di Malaysia dan perlembagaan organisasi yang menghasilkan tekstil tradisional.

 

Kriteria Penilaian Anugerah 

​

Anugerah ini bertujuan meraikan kecemerlangan dalam kraf dan diiktiraf sebagai penanda aras bagi pengeluaran tekstil warisan di Malaysia. Selaras dengan in, hasil ciptaan yang layak menerima anugerah mesti memenuhi kriteria berikut:

  • Keunggulan Persembahan kecemerlangan dan kualiti menetapkan aras dalam kraftangan: ditentukan oleh penggunaan bahan berkualiti tinggi, standard teknik yang tinggi serta perhatian khusus pada pembuatan dan penyelesaian butiran.

  • Autentik Pengungkapan identiti budaya dan nilai estetika tradisional: ditunjukkan melalui penggunaan ekspresi estetika dan budaya atau teknik pembuatan tradisional yang berjaya.

  • Pemasaran Kebolehpasaran produk dengan potensi untuk pasaran serantau dan / atau antarabangsa: berkaitan dengan kebolehan produk digunakan, keselamatan penggunaan oleh pembeli potensial, hubungan harga-kualiti yang seimbang atau kelestarian produksi.

  • Inovasi (untuk penyertaan Kategori Inovatif) Inovasi dalam reka bentuk, penggunaan dan produksi: ditunjukkan melalui penggabungan tradisional dan kontemporari atau penggunaan bahan, reka bentuk, dan proses produksi yang inovatif dan kreatif secara berkesan dan berjaya.

bottom of page