top of page
-
Saya memiliki satu syarikat asing yang beroperasi di Malaysia. Bolehkah syarikat saya ini menyertai Anugerah Benang Emas Hasanah?Ya, Anugerah ini terbuka kepada semua syarikat beroperasi yang berdaftar di Malaysia yang menghasilkan tekstil dengan menggunakan kaedah tradisional.
-
Adakah terdapat suatu keperluan saiz untuk produk tekstil yang diserahkan dalam permohonan saya?Tiada kriteria saiz tetapi sila ambil perhatian terhadap kriteria penilaian seperti yang dinyatakan dalam Borang Permohonan.
-
Adakah anugerah itu terbuka kepada pengeluar yang bekerjasama dengan pelbagai komuniti kraf untuk menghasilkan produk penyerahan?Ya, Anugerah ini terbuka kepada pengeluar yang bekerja dengan berbilang artisan untuk menghasilkan hasil ciptaan yang diserahkan. Dalam hal ini, sila sediakan senarai lengkap individu yang terlibat dalam menghasilkan hasil ciptaan tersebut.
-
Bolehkah saya bekerjasama dengan individu yang berbeza untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk penyerahan?Kami sadar bahawa kerjasama dan kerja berpasukan seringkali diperlukan untuk menghasilkan tekstil berkualiti tinggi, dan kami menghargai sumbangan semua ahli pasukan pengeluaran. Dalam hal ini, sila sediakan senarai lengkap individu yang terlibat dalam menghasilkan hasil ciptaan tersebut.
-
Bolehkah saya membuat lebih daripada satu permohonan untuk Anugerah Benang Emas Hasanah?Ya, setiap satu individu atau entiti boleh mengemukakan beberapa kemasukan untuk dipertimbangkan dalam Anugerah ini. Sila ambil perhatian bahawa setiap penyerahan adalah permohonan yang berasingan dan setiap penyerahan akan dinilai secara tersendiri.
-
Saya mempunyai produk yang dihasilkan menggunakan lebih dari satu teknik: ikat dan tenunan songket. Di bawah bidang manakah saya harus mengemukakan produk saya?Sila ambil perhatian bahawa setiap penyerahan hanya boleh dipertimbangkan dalam satu (1) bidang tekstil sahaja. Oleh itu, anda perlu memilih bidang tekstil yang paling menampilkan hasil ciptaan anda dan yang mana anda inginkan untuk dipertimbangkan dalam Anugerah ini. Sebagai contoh: Karya anda dihasilkan menggunakan teknik menyungkit dan ikat, anda perlu pilih antara satu bidang tekstil - Menyungkit ataupun Ikat. Sila pilih bidang yang paling menampilkan penyerahan anda.
-
Apakah yang akan berlaku kepada produk yang saya serahkan?Hasil Karya yang anda serahkan akan dikembalikan kepada anda ke Alamat Operasi yang dinyatakan dalam Borang Permohonan. Bagi Pemenang Anugerah, pihak Penganjur mungkin ingin mempamerkan karya yang diserahkan selepas upacara Anugerah, dan hanya akan mengembalikannya apabila selesai aktiviti tersebut.
-
Edisi 2024 memperkenalkan dua Anugerah Tambahan. Adakah Anugerah Tambahan dikenakan pada setiap kategori tekstil?Kami teruja untuk mempersembahan Anugerah Pencapaian Belia dan Anugerah Emas Kelestarian untuk tahun ini. Setiap satu Anugerah Tambahan ini akan diberi dari penilaian semua penyerahan yang diterima untuk Anugerah 2024, dan bukannya satu Anugerah Tambahan untuk setiap kategori tekstil.
-
Bolehkah satu penyertaan memenangi kedua-dua Anugerah Utama: contohnya Inovatif Terbaik dan Anugerah Tambahan: contohnya Belia pada masa yang sama?Ya. Adalah mungkin bagi satu penyertaan untuk memenangi Anugerah Utama di bawah kategori tekstil serta Anugerah Tambahan ini.
bottom of page