Para Pemenang Anugerah Benang Emas Hasanah 2023
Secara keseluruhan, Anugerah Benang Emas Hasanah 2023 menerima sebanyak 168 penyertaan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pereka yang luar biasa, berdedikasi dan berbakat yang telah menyerahkan karya mereka untuk anugerah ini.
Ab Fadhil bin Ab Rashid
Abdullah bin Saari
Amir Muslim bin Mohamed
Amirul Shazlie bin Yusuf
Bangie anak Embol
Batik Linut Sdn Bhd
Batik Tektura Resources
Clement Neppy anak Jorin
Crisna binti Mojupi
Danny bin Mohamad Zulkifli
Davis anak Mering
Emelia Handicraft Enterprise
Emily binti Jeneble
Emis @ Emmilianah binti Dahun
Farih Farhan bin Jusoh
Farnie binti Loboi
Gahara Galore Sdn Bhd
Halmi bin Chek
Hasmah binti Yamin
Inkaa
Intan Suria binti Zainal Abidin
Jalila binti Abdul Ghani
Jawatankuasa Agrokraft Borneo
Juliana anak Embrose
Julitah binti Ukor
Kamariah binti Masdid
Khairiyah binti Ghazali
Khairul Ehsan bin Kamaruddin
Khairunnisa binti Zainuddin
Lambo Sari Resources
Larina binti Mazin
Liam Yue Sheen (Sheena Liam)
Lucille anak Awen Jon
Majenah binti Rajli
Mandona Jusly
Mardziah binti Abu Kassim
Marzuki bin Ma Hasan
Masrina binti Mohammad Sidek
Mastuyah binti Ladi
Maznah anak Unyan
Memoriye Craft Enterprise
Michael Shu Pei Loong
Mohamad Yusoff bin Ibrahim
Mohd Amin bin Abdullah
Mohd Armizee bin Mohd Zaki
Mohd Azwarin bin Ahmed
Mohd Fazuan bin Zakaria
Mohd Hafiz bin Abdul Aziz
Mohd Hafiz bin Drahman
Mohd Hafiz Izudin bin Yasin
Mohd Herin bin Mansor
Mohd Redzuan Shah bin Mohd Desa
Mohd Safarizam bin Mohd Salih
Mohd Safiuddin bin Mat Hussain
Mohd Shahrul Amir bin Muda
Mohd Syahrul bin Suhaimi
Mohd Zaidi bin Hussin
Mohd Zarul Iffat bin Shuhaimi
Muhamad Faridzuan bin Suzaini
Muhamad Sazwan bin Sabri
Muhammad Hilmi bin Muhammad Hafni
Muhammad Zafran bin Ariffin
Munirah binti Malayan
Nancy anak Ngali
Ngot binti Bi
Niah anak Tubai
Nooren binti Abu Bakar
Nor Faizatol Fazleha binti Mohd Rasdi
Noraini binti Noh
Norhamisah binti Abdullah
Norizan binti Abdullah
Normadiah binti Saleh
Norsiah binti Chabo
Norwani binti Nawawi
Nozi Batik
Nur Armesya binti Ahmad
Nur Rahmah Ranong Abdullah
Nurul Azuin binti Mohd Rani
Nurzianatun binti Abdullah
Nyonya Heritage Art
Ong Wan Fen
Raja Mohamad bin Raja Adam
Ramlah binti Mohamad
Ramsay Ong Liang Thong
Ramtiniwaiti binti Ramlee
Rashid bin Mat Ghani
Riztiney Batik
Rozita binti Adam
Rusijah binti Duit
Samsuddin bin Abu Bakar
Saufi bin Ali
Seri Gedong
Shah Nor Ramin bin Mohammad
Shahrul Aswan bin Salleh
Shuhairul Hafizie bin Shuib
Siti Noor Hazilah Maarop
Siti Norbani binti Arbi
Swee Impact Consulting Sdn Bhd
Syamimi binti Razali
The Ranee Sdn Bhd
The Tun Jugah Foundation
Tony bin Tujoh
Valley Prestige Sdn Bhd
Vornica anak Jugah
Wan Mohd Hafiz bin Wan Hamid
Wan Safie bin Ab Karim
Wan Yuzaini bin Wan Samsuddin
Zahriah binti Ahmad Sabki
Zainab binti Abdullah
Zuhrah binti Ahmad Sabki
Para Pemenang Anugerah Benang Emas Hasanah 2023
BANGIE ANAK EMBOL
Ikat
Tradisional Terbaik
Pewarna alam dilaksanakan dengan baik pada benang sutera. Pua kumbu ini adalah rekaan asli yang diilhamkan dalam mimpi, dalam tradisi 'penenun mimpi' Iban. Kain ini menampilkan 8 tiang runyai (tiang istiadat) untuk 8 motif Meni, Dewi Tenunan, dan kayangan yang lengkap dengan Singalong Burung, Dewa Perang.
MUHAMMAD HILMI BIN MUHAMMAD HAFNI
Sulaman & Hiasan
Inovatif Terbaik
Seni tekat terserlah kehalusannya dalam karya seni berbingkai ini yang bertajuk 'Mengalir dari Syurga' Penggunaan tulisan keagamaan, bukannya motif bunga dan awan, menggabungkan tradisi Melayu dengan pengaruh Islam yang akan memperbolehkan karya-karya sebegini dipasarkan kepada dunia Islam yang lebih luas.
NYONYA HERITAGE ART
Kerja Manik
Pengiktirafan Khas
Selipar Nyonya tradisional yang dihias dengan manik kaca kini dijadikan karya seni setelah dibingkai. Corak hiasan adalah dalam dua variasi kombinasi warna yang dipadankan dengan baik.
ONG WAN FEN & HASMAH BINTI YAMIN
Menyungkit
Pengiktirafan Khas
Penggunaan teknik anyaman yang inovatif dalam karya seni ini berjudul ‘Garden Alight’. Gentian baharu, iaitu nilon lutsinar untuk tenunan asas, dengan warna dari benang-benang logam serta filamen dan sutera pintal yang dicelup, dinyalakan dengan cantik manakala bingkai yang boleh ditukar ganti menambah fleksibiliti penampilan karya ini.
RAMSAY ONG LIANG THONG
Tulis & Cap
Pengiktirafan Khas
Karya seni ini meneroka penggunaan tekstil batik sebagai kolaj dengan bahan semulajadi lain pada kanvas utama iaitu bahan kulit pokok. Blok batik belaka masih membolehkan kulit kayu dilihat untuk membentuk latar belakang yang baik untuk lukisan burung kenyalang yang di depan.
MANDONA JUSLY
Anyaman
Pengiktirafan Khas
Tikar yang inovatif dalam penggunaan bahan – gentian rotan coklat (wai seledah/ wai bala) yang lebih sering ditemui dalam kerja pembinaan diguna oleh penganyam Penan ini untuk menggantikan rotan kuning yang semakin jarang ditemui di hutan. Reka bentuk pepenjuru menambah sentuhan kontemporari pada karya itu.
JULIANA ANAK EMBROSE
Kerja Manik
Pengiktirafan Khas
Karya manik ini dengan manik kaca dalam pola tradisional Sarawak dilekatkan pada perangkap ikan buluh buatan tangan, untuk digunakan sebagai hiasan lampu. Inovasi dipamerkan dalam meluaskan penggunaan kerja manik dari pakaian ke hiasan rumah.
HALMI BIN CHEK
Tulis & Cap
Pengiktirafan Khas
Penggunaan inovatif gabungan pelbagai teknik termasuk batik dengan linut atau tepung sagu, silkscreen di tempat terpilih dan hiasan emas yang diaplikasi dengan cap tangan.
CRISNA BINTI MOJUPI
Sulaman & Hiasan
Pengiktirafan Khas
Contoh sigal dua sisi dwi warna tradisional yang dibuat dengan teknik yang dikenali sebagai sulaman pis untuk digunakan dalam perayaan Rungus. Kain kepala ini dipakai oleh para lelaki - bahagian hitam dipaparkan pada waktu siang manakala yang oren biasanya digunakan pada waktu malam.
NANCY ANAK NGALI
Ikat
Pengiktirafan Khas
Pua kumbu ini menggambarkan perkahwinan putera India, Raja Tambi, dengan puteri Iban, Kumang. Diinspirasikan oleh rekaan asli Karama anak Dampa yang diterima dalam mimpi, warna ciri nila dan kuning ditambah di karya ini untuk memberikan komposisi 5 warna, hasil pewarna alam yang dicelup dengan baik pada benang Tencel.
EMIS @ EMMILIANAH BINTI DAHUN
Sulaman & Hiasan
Pengiktirafan Khas
Contoh sulaman linangkit yang cantik dan rumit dari suku etnik Dusun Lotud. Motif geometri mencipta hasil yang sangat menyerupai tenunan jenis tapestry weave.
BATIK LINUT SDN BHD
Tulis & Cap
Pengiktirafan Khas
Penggunaan linut (tepung sagu) yang mesra alam diguna sebagai gantian untuk lilin paraffin untuk penghasilan kain batik ini yang juga menampilkan corak dan warna tekstil keseluruhan yang menarik.
ANUGERAH EMAS HASANAH
Anugerah 2023 menyaksikan penyampaian Anugerah Emas Hasanah “Patron of Malaysia’s Heritage Textiles” kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, menghormati Baginda di atas sumbangan penting, dedikasi dan pengaruh yang tidak berbelah bagi selama ini dalam bidang tekstil Malaysia.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia diwakili oleh Yang Amat Berbahagia Puan Sri Dato Hajjah Fatimah binti Haji Mohd Iskandar.